Monday, May 31, 2010

Jus Herba Untuk Penyakit GAUT

Penyakit gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi, atau akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Keadaan ini adalah disebabkan oleh metabolisma tubuh sesaorang yang tidak normal. Mereka yang mengalami gout ini biasanya adalah mereka yang menghasilkan terlalu banyak urik asid atau mereka yang menghadapi kesukaran mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita yang sihat lumrahnya membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Namun bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dapat dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Satu hakikat, bahawa kita wajib akur dengan janji dari Rasulullah saw yang mengatakan :
“ Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.”
Hadith riwayat Abu Daud.

Sesungguhnya sebahagian manusia generasi silam telah menemukan penawarnya, bersumber dari alam, kurniaan Yang Maha Pencipta. Namun khazanah yang begitu berharga telah sekian lama terabai, ditinggalkan, padahal ia telah memberi manfaat yang tidak terhingga untuk sekian lama kepada manusia, khususnya bagi mengatasi masalah gout.

Jus Herba Bio-asli adalah rumusan dari herba terpilih, warisan zaman berzaman, generasi yang mementingkan kesihatan. Gabungan herba terbaiknya bertindak sebagai perencat oksidase xantina yang mengurangkan penghasilan asid urik, menghasilkan bahan antosianida, yang berperanan menjadi bahan anti radang, selain berfungsi meningkatkan tahap metabolism, serta melancarkan sistem perkumuhan. Tubuh tidak akan menghasilkan terlalu banyak asid urik, dan tubuh mudah dapat pula menyingkirkan asid urik yang berlebihan di dalam badan atau tubuh tidak mengalami kesukaran untuk mengeluarkan asid urik dari tubuh mereka.

Jus Herba Bio-asli bukanlah ubat penahan sakit jika diambil diwaktu-waktu berlaku serangan yang menyakitkan. Ia adalah rumusan herba yang merawat kepada asas punca penyakit, sekaligus memulihkannya. Dengan yang demikian anda tidak perlu bimbang akan serangan ulangan gout yang menghantui anda sekian lama. Malah anda akan sampai kepada tahap tidak perlu lagi berpantang dalam pemakanan.
Sumber : Bio-asli.co

No comments:

Post a Comment